Khamis, Julai 10, 2008

AKHIRNYA HARAP MAAF

Begitulah cerita PROTES. Nak PROTES orang, last-last diri sendiri yang kena PROTES. Kasiahn betul la...
Saya tak nampak apa faedahnya pun. Yang nampak, majlis ini lebih sebagai tempat orang-orang yang kecewa dan tamak muasa melepaskan geram. Itu saja... Eloklah ramai rakyat yang tak terpedaya untuk turun. Kalau turun, dah tentu kena "show" buntut....Jijik la. Dah la sekarang cerita buntut dah luas tersebar....


Penutup kata, pohon maaf... senang ba itu. Itulah standard "pemimpin". Macam mana nak urus negara, sedangkan nak uruskan program kecil macam tu pun kelam kabut. Balik kam[pung tanam jagung lagi baik. Dapat hasil boleh jual, dapat juga duit saku...

Mai kita baca berita ni, kemudian hangpa fikirla sendiri...




Isu Himpunan Protes, Dr Hatta beri penjelasan
Intan Abdullah
Wed | Jul 09, 08 | 11:33:30 am MYT

KUALA LUMPUR,9 Julai (Hrkh) -Pengerusi Jawatankuasa Himpunan Protes Turun Sejuta Rakyat, Dr Hatta Ramli menyampaikan permohonan maaf secara rasmi kepada semua penyokong Pakatan Rakyat atas insiden yang berlaku dalam himpunan tersebut.

"Sebagai penganjur, saya memohon maaf kiranya ada yang tidak menepati kehendak dan selera peserta Himpunan," katanya ketika ditemui Harakahdaily di lobi parlimen semalam.(Komen - Dah tak ada pengalaman jadi penganjur, lain kali tak payah buat....)

Sungguhpun begitu, beliau menjelaskan bahawa pihak Protes telah pun menyediakan garis panduan bagi memastikan program tersebut dijalankan secara tertib serta mencapai matlamat.

Mengulas mengenai insiden penyanyi kumpulan Carburator Dung, Alak, Hatta berkata pengerusi program persembahan, Hishamuddin Rais telah memohon maaf secara terbuka sebaik sahaja situasi tersebut berakhir.

"Kita telah berjaya mengawal rasa tidak senang yang timbul apabila Hishamudin mengambil tanggungjawab menyatakan permohonan maaf atas apa yang berlaku," katanya.

Apa yang penting ujarnya, Protes dianjurkan meliputi seluruh lapisan rakyat yang mencakupi pelbagai latar belakang bangsa, agama dan minat.

"Ini isu rakyat, dengan sebab itu kita menyediakan pelbagai program seperti tarian singa, tarian gendang, dikir barat dan sebagainya.(Komen- Ini bukan isu rakyat, tapi isu orang yang tamak kuasa dan mempunyai kepentingan peribadi...)

"Tetapi kumpulan dikir barat dan nasyid telah menarik diri pada saat akhir dengan alasan pengumuman kerajaan bahawa perhimpunan tersebut dianggap sebagai tidak mendapat permit," ujarnya lagi.(Komen - Itu kira bagus lah,,, orang yang tau ikut undang-undang. Fikir habis-habis. Nanti kena tangkap polis, siapa yang susah.Ingat anak bini sama)

Sungguhpun begitu, Hatta yang juga merupakan Bendahari PAS menegaskan bahawa agenda lain berjalan lancar setelah keadaan kembali tenang terutamanya acara kemuncak Himpunan iaitu Ceramah Perdana pemimpin Pakatan Rakyat pada sebelah malam.(Komen- Pemimpin-pemimpin yang tamak kuasa, tapi mengeksploitasi isu untuk mengelirukan rakyat. Allah Maha Mengetahui segalanya.)

Beliau turut melahirkan kekesalan serta kecewa dengan tindakan pihak berkuasa iaitu polis dan tentera yang melancarkan kempen antimidasi (gangguan).(komen- Main tuduh lagi.. Dah tak dak orang mai, dia kata macam tu pulak...Sudah lah Hatta)

"Mereka membuat pengumuman tentang latihan bersama antara tentera dan polis di premis perhimpunan dirancangkan, serta mengadakan sekatan-sekatan jalan raya di seluruh jalan menuju ke lokasi perhimpunan.

"Ia secara tidak langsung telah menjejaskan kehadiran pengunjung yang berhasrat mahu menunjukkan rasa protes pada isu kenaikan harga minyak.

"Inilah perhimpunan yang terbesar berjaya dianjurkan Protes selepas siri-siri perhimpunan Protes sebelum ini dibuat di beberapa premis," katanya.(Komen - La macam tu pun kata berjaya juga ... ikut suka hang la Labu)

Hatta juga merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dan terlibat dalam menjayakan program tersebut. - mks._

Tiada ulasan:

ABLEWISE

AdBrite

Your Ad Here
MoreNiche Affiliate Program