Selasa, Julai 08, 2008

BUAT CERITA

Bacalah berita ni.....pandai-pandailah buat cerita. Modal dah tak dak, buat cerita ni pulak. Negara mana yang macam tu, rekaan saja..... lagi-lagi isu harga minyak naik. Rakyat pun dah muak la dengan isu yang karut ni. Mana mungkin harga minyak nak turun. Payah-payah bubuh aje air dalam tangki minyak kereta tu, langsung tak payah berjalan. Minyak pun tak payah beli...Bahalol betul la malaun ni. Padanlah rakyat tak sokong.... Yang sokong tu pengikut yang membuta tuli (yang tak baca surat khabar lain. Yang dia baca Harakah saja ....Perdana Menteri Malaysia yang ini, cukup prihatin dengan apa yang berlaku. Beliau tak mau campur tangan. Biar polis yang menentukan. Ni dah tak percaya kat polis pulak, hakim pun tak percaya. Nak buat macam mana lagi. Nak panggil hakim dari luar negeri..... Hancur. Silap-silap hakim tu buat kerja betul dan jatuh haukum kat depa.. Hakim tu tak adil pulak.... panggil hakim lain ...Entahlah Labu.

Malaysia ditertawakan negara luar - Mohamad Sabu
Mohd Sabri Said
Tue | Jul 08, 08 | 11:56:34 am MYT
PERMATANG PAUH, 8 Julai (Hrkh) - Malaysia diketawakan negara luar sejak akhir-akhir ini berikutan isu yang wujud serta kegagalan kerajaan menanganinya kata, Naib Presiden PAS,Mohamad Sabu.
Sambungnya, berbagai isu yang berlaku di Malaysia mempunyai latar belakang orang politik untuk menutup kelemahan pentadbiran atau menjatuhkan individu yang dianggap musuh politik yang boleh menggugat kestabilan pemerintah.
"Saya malu kadang-kadang bila ke luar negara mereka asyik bertanya tentang isu Altantuya, kes liwat Dato' Seri Anwar Ibrahim, skandal Rafidah Aziz, keangkuhan Khairy Jamaludin sebagai menantu Perdana Menteri dan banyak lagi. Mereka lebih tahu dari kita rupa-rupanya, cuma yang kurang peka ialah masyarakat kita," jelasnya dalam ceramah di hadapan tujuh ribu hadiran di Taman Berkat, Guar Perahu semalam.
Tegas beliau, negara luar sedang memerhati telatah kepimpinan Malaysia kerana sanggup melakukan apa sahaja demi menyelamatkan kedudukan politik sempit.
Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi sendiri mengakui sepanjang penglibatannya dalam politik beliau tidak pernah melihat fenomena fitnah makin menjadi-jadi sebagaimana sekarang.
Sekali lagi perkembangan itu terang Mohamad, merupakan kelemahan pentadbiran Perdana Menteri yang dilihat lembab membuat keputusan atau tidak tangkas bila terhidu sesuatu isu yang melibatkan maruah negara.
"Kata-kata Pak Lah nak cegah rasuah setakat ini masih di awan-awangan, nasihat menantu supaya tidak bertindak sehingga boleh meningkatkan kemarahan rakyat tidak sekali, penyelewengan pembelian kapal selam dan jet tidak disiasat dan banyak lagi isu menjadinya bingung sampai kini, " jelasnya.
Tambahnya, isu minyak juga menjadikan Malaysia terus diketawakan oleh negara luar apabila bertindak membandingkan harga minyak dengan bukan negara pengeluar sebagai alasan untuk meningkatkan minyak dalam negara.
Menurutnya lagi,sepatutnya Malaysia membandingkan dengan negara pengeluar minyak seperti Brunai, Indonesia, Iran, Russia, Venezuela, Kuwait, Norway dan Negara Arab bukan dengan Singapura, Thailand, Amerika Syarikat dan seumpamanya.
"Jika dibandingkan harga minyak dengan negara Singapura dan Thailand memang kita terendah tapi negara tersebut bukan negara pengeluar tentunya lebih tinggi. Jika bandingkan dengan negara pengeluar kita berada kedudukan paling tinggi RM2.70 seliter Venezuela baru RM0.16 sen, Iran RM0.45 sen, Arab Saudi RM0.37 sen cuma yang agak mahal ialah Indonesia RM2.10, " ujar beliau dalam program anjuran Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh itu.
Justeru itu katanya, jika rakyat masih berpeluk tubuh untuk melakukan perubahan pastinya negara terus ditertawakan dan kemungkinan musnah ekoran tangan yang ada kuasa tidak berani bertindak menyelamatkannya.
Berceramah sama pada program semalam ialah Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang, Ustaz Yusni Mat Piah dan Ketua Dewan Pemuda PAS Permatang Pauh, Ustaz Zakaria Hamzah. - mks._

Tiada ulasan:

ABLEWISE

AdBrite

Your Ad Here
MoreNiche Affiliate Program