Khamis, Februari 18, 2010

BANYAK MINTA, SIKIT BERI!

Pernyataan YB MNJ (Bekas Menteri Besar Perak):

"...BN harus memberi ruang untuk Pakatan Rakyat (PR) bergerak jika inginkan kerjasama untuk memastikan rakyat Perak mendapat faedah dari pembangunan negeri."

"Sebelum ini saya menyatakan persetujuan untuk bekerjasama dengan keraja negeri BN dengan tiga prasyarat: iaitu setiap wakil rakyat PR perlu diberi elaun tahunan berjumlah RM150,000 hingga RM200,000>"

"BN juga perlu membenarkan ahli politik PR menggunakan semua tempat awam seperti Dewan Orang Ramai dan padang awam serta membenarkan wakil rakyat PR menganggotai semua majlis dan pejabat tanah di peringkat daerah untuk memastikan tanah kerajaan negeri diberikan kepada orang-orang miskin yang memerlukan dan bukan kepada kroni BN".

Sebagai rumusannya, ada 3 benda yang diminta:
1. Mahukan ruang untuk bergerak.
(selama ini YB PR tiada ruang hendak bergerak.. sempitlah konon! Dah asyik guna ruang mahkamah saja, mana nak ada ruang!)

2. Hendak duit sampai RM150,000-RM200,000.
(Banyak tu..Baiklah join buat bisnes pemasaran internet. Silap-silap boleh jadi JUTAWAN, tak payah jadi YB ADUN..)

3. Menggunakan tempat awam untuk menjalankan aktiviti.
(aktiviti apa sangat yang hendak dilakukan. Ceramah la... nak hentam BN. Semua TIDAK BETUL!, semua TIDAK ADIL!, semua TIDAK TELUS!. Dia orang saja yang BETUL, ADIL, TELUS dan apa-apa lah..

Suatu perkara yang ingin dipersoalkan. Semasa Pakatan Rakyat memerintah Perak dahulu, adakah semua yang tersenarai di atas diberikan kepada ADUN BN? Ada ke??? Jangan harap..

Sekarang ini, apabila sudah gagal memerintah dan menjadi MB Perak yang sah, macam-macam pula yang diminta. BANYAK MINTA, SIKIT BERI..

Selepas itu, ada satu lagi cerita. Yang hairannya, SINAR HARIAN ini banyak sangat bagi ruang kepada YB MNJ. Ini menjadi KEANIHAN juga!!!

Suatu tulisan yang perlu dihindarkan atau dipadam, kerana boleh mencetuskan keresahan di kalangan rakyat Perak..

"..... memetik kata-kata saudara Edmund Bon (yang bertindak sebagai peguam untuk YB MNJ) keputusan Mahkamah Persekutuan tersebut menjurus kepada satu titik tolak, "the return of monarachy". Bermula dari saat keputusan ini ditulis, rakyat akan berpendapat bahawa institusi raja-raja berhak untuk campur tangan sekiranya berlaku pertelingkahan dalam DUN.."

".... suatu pungutan suara yang telah dijalankan oleh Merdeka Centre baru-baru ini. Pungutan suara tersebut telah menunjukkan bahawa 74 peratus dari 507 orang pengundi di Perak berpendapat bahawa hanya pilihan suara yang dapat menyelesaikan "political impasse" di Perak. Sentimen ini diperolehi bukan hanya daripada pengundi Melayu, malah juga pengundi Cina dan India. Nah! fakta sudah terbentang di depan mata, sebagai "netizein" yang berinformatif, kita boleh membuat pendirian sendiri..b"

Wajarkah tulisan sebegini disiarkan untuk tatapan umum? Wajarkah jumlah responden seramai 507 orang dijadikan sebagai kayu pengukur bagi melaksanakan pilihanraya lain untuk memilih wakil dalam DUN Perak. Apakah kita tahu, latar belakang politik semua responden itu??

Ini lagi berita yang melucukan tetapi meresahkan..



Apa tidaknya, katakan ANDA telah ditangkap melakukan satu jenayah dan dibicarakan. Apakah ANDA boleh pilih hakim yang hendak mengadili ANDA??? Tidak masuk akal langsung. Baca berita ini (dari Malaysiakini.com):

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah membuat keputusan itu sementara menunggu rayuan Anwar untuk mencabar keputusan beliau tidak mengundurkan diri daripada mendengar perbicaraan kes liwat ketua umum PKR itu.
Sebelum itu, Mohamad Zabidin berkata, beliau tidak akan mengundurkan diri kerana tiada bukti yang menunjukkan beliau menipu seperti yang didakwa oleh pihak peguam bela.

"Tiada sebab bagi saya melucutkan diri kerana dengan berbuat demikian akan dilihat sebagai melarikan diri daripada tanggung jawab dan amanah saya sebagai hakim," katanya.

Anwar membuat permohonan itu setelah mendakwa hakim berkenaan berat sebelah dan menipu kerana gagal bertindak ke atas akhbar Utusan Malaysia berhubung laporan perbicaraannya.

Lagi satu, BOLEH ke guna pakar dari luar Negara??? Tengok berita ini…

“Perbicaraan hari ini juga menyaksikan kehadiran tiga pakar DNA dan forensik dari pihak pembelaan yang dipanggil untuk memberi keterangan. Mereka tiba sewal 8.40 pagi. Mereka ialah Dr Brian McDonald, seorang pakar DNA expert dari Sydney, Australia, dan pakar forensik India, Dr C Damodaran, dari Chennai serta Dr David Wells dari Melbourne, Australia….”

Negara kita tiada pakar ke?? Kalau ada, mengapa tidak guna? Takut berat sebelah, atau tidak adil? Apakah budaya mengagung-agungkan kuasa Barat ini masih menebal dalam diri kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab.. Kenapa kita perlu takut dengan bayang-bayang sendiri. Sampai bila rakyat akan di TIPU, KELIRU dan di PERBODOH-BODOHKAN???

Baca Dairi Anwar
Baca lagi Best punya
Baca lagi Pochong menulis

Sabtu, Februari 13, 2010

MENGAPA MINTA ITU DAN INI?

Masa Pakatan Rakyat(PR) memerintah Perak beberapa bulan dahulu, ADUN Barisan Nasional (BN) masa itu jadi pembangkang, tiada minta apa-apa syarat pun dari Pakatan Rakyat(PR). Kenapa? Mereka (ADUN BN) sudah sedia maklum sudah tentu tidak akan dilayan. Maklumlah, baru dapat kuasa memerintah negeri, tentunya ego memaharajai hati dan otak. Mana dia orang (Pakatan Rakyat(PR) hendak pedulikan semuanya ini. Masa itu, orang kata "tolak pun tak rebah". Apa hendak dihairankan. Rata-rata ADUN BN dan penyokong-penyokongnya diperli-perli. Sazya masih ingat semua peristiwa ini..Tapi, seronok juga kala-kalau ada perubahan. Namun, dari sehari ke minggu, minggu ke bulan, tiada apa sebenarnya yang berlaku. Tanah-tanah diberikan kepada "kroni-kroni" mereka. Syarikat ditubuhkan untuk menjalankan projek-projek kilat yang diwujudkan.

Sekarang, bila sudah tidak jadi pemerintah, macam-macam pula syarat dikenakan kepada kerajaan negeri.Kononnya, untuk berbakti kepada rakyat.


Suatu petikan dari Sinar Harian;

Buktikan jika benar kerajaan telus:Nizar...Pembangkang tiada masalah beri kerjasama jika diberi kemudahan.



"Kami bukan letak syarat tinggi, sekadar memohon supaya beri kebenaran kepada kami, ADUN Pakatan Rakyat (PR) menggunakan segala kemudahan prasarana disediakan untuk bertemu rakyat".

Bacaan lanjut: PEMUDA PELAPIS


NIZAR - HARU-BIRU LAGI!

Saya pinjam daripada: UMNO Online

KUALA LUMPUR, 10 Feb – Kenyataan Datuk Seri Nizar Jamaludin terhadap keputusan hakim bagi kes kesahihan Menteri Besar Perak, semalam adalah penghinaan kepada mahkamah.



Menuduh Sistem Kehakiman sebagai tidak bebas adalah jelas satu penghinaan dan memburukkan segala institusi termasuk dalam Perlembagaan Malaysia dan Undang-undang Tubuh Perak.
Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Hafarizam Harun berpendapat, “Saya melihat kenyataan Nizar semalam sebagai satu komen yang berbentuk penghinaan kepada mahkamah”.
“Kenyataan Nizar sengaja dibuat bagi mencetuskan satu polemik politik yang bertujuan mengelirukan rakyat secara berterusan dan langsung tidak berasaskan undang-undang.”
Beliau menjelaskan, menurut Perlembagaan Persekutuan 1957 jelas menyatakan bahawa negara ini menggunapakai sistem Raja Berpelembagaan.
Duli-duli Maha Mulia Sultan Melayu akan bertindak atas nasihat Perdana Menteri atau Menteri Besar kecuali terhadap 2 perkara yang sememangnya termaktub dalam Perlembagaan Malaysia amnya dan Perak khususnya iaitu pertama, melantik Menteri Besar dan kedua membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun).
Justeru itu, beliau berkata, apabila Nizar menghadap Sultan Perak pada 4 Februari 2009 memohon membubarkan Dun, dia tidak mendapat perkenan Sultan Perak.
Malah, tegas beliau, Sultan Perak menitahkan Nizar serta Anggota Exco meletakkan jawatan dan sekiranya enggan maka jawatan mereka akan dianggap kosong. Malangnya Nizar ingkar malah sanggup membuat sembah derhaka.
Hafarizam berkata, berdasarkan apa yang berlaku tahun lepas jelas menunjukkan bahawa Nizar yang telah merosakkan institusi Raja Berperlembagaan dan bukannya seperti dakwaan beliau kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak.
“Institusi Kehakiman adalah institusi yang terletak di bawah Yang Di Pertuan Agong yang bersifat bebas dan berasingan dengan badan perundangan dan eksekutif. Sebagai badan yang bebas, hakim-hakim juga adalah bebas maka tidak timbul itu kononnya kerajaan berada di belakang hakim-hakim tersebut”.
Apa yang dinyatakan Nizar kononnya sistem kehakiman tidak bebas, ini jelas satu penghinaan kepada mahkamah dan satu lagi taktik untuk memburuk-burukkan segala institusi termasuk dalam Perlembagaan Malaysia dan Perak.
”Jika mahkamah bukan tempat rakyat Malaysia mendapat keadilan termasuk Datuk Seri Nizar, kenapa beliau sendiri menfailkan kes ini ke Mahkamah Tinggi tahun lepas jika beliau tidak percaya kepada mahkamah,“ jelasnya.
Beliau berkata, kes Nizar lawan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir telah pun sampai ke peringkat penghakiman terakhir. Tidak ada lagi sebarang rayuan selepas in dan selaras dengan prinsip “finality of decisions”, keputusan Mahkamah Persekutuan mesti dihormati dan dipatuhi.
Katanya, seperti yang dinyatakan Mahkamah Persekutuan semalam sekiranya Nizar yakin beliau masih mempunyai suara majoriti di Dun, beliau bolehlah mengemukakan usul undi tidak percaya pada Sidang DUN.
Perebutan jawatan Menteri Besar Perak sudah pun muktamad milik Dr Zambry dengan keputusan sebulat suara panel lima hakim diketuai Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff itu. Mahkamah menolak rayuan Nizar untuk membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan yang mengisytiharkan Dr Zambry sebagai Menteri Besar.
Apa yang jelas keputusan 5-0 menunjukkan tiada apa lagi yang boleh diungkit atau dipertikaikan pembangkang mengenai kedudukan Dr Zambry atau isu dua Menteri Besar, sejak Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pangkor itu mengangkat sumpah memegang jawatan berkenaan menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Februari 2009.
Keputusan semalam juga memberi jawapan keadilan dicari-cari sejak setahun lalu melalui proses undang-undang sudah pun diadili dengan sewajar-wajarnya.
Bagi Dr Zambry keputusan semalam membolehkan beliau untuk terus memberi fokus kepada hala tuju pembangunan Perak dengan mengutamakan kepentingan rakyat.
Bagi Nizar pula, selaku pihak yang memilih sendiri mahu mencari keadilan menerusi institusi mahkamah, beliau tiada pilihan selain akur keputusan mahkamah tertinggi negara ini.
Ini kerana pada 13 Februari 2009, ketika memfailkan tuntutan supaya dirinya diisytiharkan Menteri Besar Perak yang sah, Nizar pasti mempunyai keyakinan terhadap kebebasan dan keadilan sistem kehakiman.
Apabila keputusan Mahkamah Tinggi menyebelahinya pada 11 Mei 2009, Nizar dan pembangkang menyifatkannya keputusan itu tepat. Sehari kemudian apabila Mahkamah Rayuan menangguhkan pelaksanaan keputusan awal itu, mereka kembali mencemuh sistem yang sama.
Malangnya apabila keadilan yang dicari menerusi perundangan hingga diputuskan Mahkamah Persekutuan semalam, Nizar seakan tidak dapat menerima keputusan tersebut.
Ini boleh dilihat melalui kenyataan Nizar yang menyifatkan semalam hari paling sedih kerana kononnya sistem kehakiman tidak bebas. Beliau turut mendakwa kononnya sistem monarki negara menuju monarki mutlak. – UMNONews

Selasa, Februari 02, 2010

BERTELAGAH ...APA DAH JADI?!

Semalam, riuh rendah dalam surat khabar cerita pasal YB PAS dan YB PKR bertelagah sesama sendiri. Tapi, yang seronoknya bila bertelagah begini, dikatakan macam bergaduh laki-bini. Maksudnya, bergaduh sekejap sahaja, nanti berbaiklah balik. Bak kata Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramli dalam sebuah lagunya, "Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.." Tapi, sejauh manakah hakikatnya???? Rakyat tertipu dan ditipu lagi.

Soalnya sekarang, di manakah letaknya "kebenaran"? "Kebenaran" yang dimaksudkan ialah sama ada sesuatu yang dinyatakan oleh si pengkeritik itu "betul" atau "salah"? Kalau betul, yang perlu disiasat ialah yang kena kritik, dan bukannya si pengkritik. Tetapi, ini sebenarnya tidak berlaku? Apakah dasar politik yang mereka amalkan, yang mana selama ini mereka sering melaung-laungkan bahawa dasar dan amalan politik mereka baik dan "best in Malaysia".

Suka saya memetik kata-kata seorang Pensyarah politik:
"Keterbukaan dalam sesebuah parti perlu dalam memastikan parti tersebut terus berkembang dan ahli yang dikenakan tindakan perlu menerimanya dengan baik.". Tambahnya lagi:
"....beliau berkata, sekiranya sesuatu isu timbul, parti tersebut perlu mengkaji sama ada kenyataan pemimpin tersebut menjejaskan parti ataupun tidak".

Rabu, Januari 20, 2010

SEMUANYA TIDAK BETUL, APA YANG BETUL???

MODEL EKONOMU BARU TIDAK AKAN BERJAYA

Penasihat DAP,Lim Kit Siang kata model ekonomi baru yang diperkatakan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, tidak akan berjaya jika kerajaan masih mengurus negara seperti sekarang. Katanya lagi,Konsep 1Malaysia (1M), Indeks Pencapaian Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Negara (NKRA) tidak menampakkan sebarang kesan yang positif mentelah dibayangi oleh laporan negatif sdeperti kedudukan negara dalam Laporan Saingan Global (GCR) Forum Ekonomi Dunia yang jatuh ke tempat 24 daripada tangga ke-21.

Beliau buat cakap pandai lagi bila katanya Malaysia sudah kehilangan satu dekad dalam ekonomi kerana kegagalan menyedari peluang ekonomi sebenar, sumber alam dan manusia yang besar potensinya.

Bagi saya, dan mungkin bagi anda juga, kedudukan ekonomi negara kita di mata dunia adalah terjejas teruk apabila 4 buah negeri yang menyumbang kepada negara telah jatuh ke tangan pembangkang. Secara logiknya, keseimbangan pembangunan negara menjadi sukar dilaksanakan. Di negeri-negeri yang berkenaan, segala perancangan pembangunan terhenti, terutamanya projek kerajaan persekutuan. Biasalah tu....

Kalau hendak mempersoalkan tentang rasuah; memulihkan keyakinan rakyat dalam kehakiman; mengawal jenayah dan mewujudkan polisi yang lebih toleransi adalah bukan penyebab membantutkan pembangunan ekonomi. Kerajaan sudah melakukan paling terbaik sebaik sahaja mendapat mandat untuk memerintah. Soalnya sekarang, terlalu banyak pihak yang sengaja menimbulkan prejudis di kalangan rakyat terutamanya orang-orang kampung yang cepat mempercayai sesuatu dakyah atau tohmahan yang tidak berasaskan. Dahulu, kita hidup aman damai, harmoni dan tenteram tanpa sebarang reformasi jalanan. Pada hari ini, ramai anak remaja telah diperalatkan untuk menjadi "pemberontak" dan mereka sebenarnya suka diperbuat begitu lantaran jiwa, hati dan perasaan mereka kosong dengan pengetahuan sejarah tanah air.

Semua yang kerajaan laksanakan, semuanya dikatakan GAGAL..,

Semua yang kerajaan rancang, semuanya TIDAK BETUL....

Semua keputusan mahkamah yang memihak kepada kerajaan, mahkamah TIDAK ADIL...
Siapa yang memulakan ini??? SIAPA....

Kisah BAJET 2010, dikatakan kerajaan bazirkan RM 1 Bilion kerana memajukan Sukan F1. Sukan F1 menjadikan Malaysia dikenali di persada antarabangsa. Kita menggalakan pelancong-pelancong luar datang dan berlaku pertukaran mata wang asing. Secara tidak langsung, ini menggalakan pelaburan syarikat-syarikat gergasi antarabangsa memasuki ruang ekonomi Malaysia. Mereka melihat penganjuran Sukan F1 sebagai tanda kecemerlangan dan kestabilan politik negara. Negara yang stabil politiknya akan mendapat perhatian pelabur-pelabur asing. Yang menyedihkan ada di kalangan rakyat negara ini, menggembar-gemburkan suasana politik negara huru-hara dan kacau-bilau. Kenapa ini terjadi???

Tentang kenaikan harga gula pula janganlah hanya melihat pada kenaikan 0.20 sen bagi se kilogram. Jika kita melihat dari sudut kesihatan, langkah ini amat baik di mana sekurang-kurangnya rakyat tidak akan memakan gula yang banyak, kerana harganya mahal. Jangan hanya cakap pandai sahaja. SEMUA TIDAK BETUL, APA YANG BETUL?
Berehat sekejap, baca cikdee.forumotion.net

Suatu tuduhan yang agak melulu berdasarkan pernyataan yang dikeluarkan:

...PAS mahu kerajaan meningkatkan integriti dan memperbaiki bajet negara agar tidak membebankan rakyat. Ksrajaan harus bijak menggunakan wang cukai rakyat dan tidak meminta rakyat berjimat sedangkan kerajaan membazir..

Saya suka tulisan A.Aziz Deraman dalam ruangan "geger sokmo"..

"Sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan."

Ramaikah orang-orang di Malaysia yang sesat? Macam mana boleh sesat? Sesat pun ada macam-macam sesat. Antara tulisan Aziz,
Malaysia telah mencapai "keajaiban" kemajuan yang luar biasa berbanding dengan negara-negara lain yang merdeka pada tahun atau dekad yang sama. Malahan Malaysia sudah mendahului beberapa buah negara yang lebih awal merdeka sesudah Perang Dunia Kedua.

Saya suka memetik beberapa paragraf lagi..

Bibit-bibit kekeliruan, krisis keyakinan dan konflik timbul menjelang tahun 2000 sampai sekarang. Dasar yang diperkenalkan melalui Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dalam kontaks RRJP2 sebagai penerusan semangat DEB, tetapi pendirian politik berubah kerana ada pihak yang mahu menunjukkan kewiraan semata-mata demi perubahan.


"KITA LAKSANA MEMOTONG AKAR DAN MEMBUANG UMBI TERAS, WALHAL POHON YANG SUDAH SUBUR ITU, KALAU DICANTAS DAHAN DAN DIBUANG RANTING SEBAGAI PENYESUAIAN STRATEGI, POHON ITU TETAP MERENDANG."

Like having marketing department at your fingertips

Khamis, Disember 03, 2009

MUDAH NYE CERITA

DAP mohon maaf pijak foto YB Bebas


Akui kesilapan harap ia tak berulang.

Pernahkah suatu perkara yang hendak dilakukan, difikirkan semasak-masaknya? Terlintas kah di fikiran seseorang apabila melakukan sesuatu itu akan mengguriskan perasaan seseorang? Seseorang yang buta hati dan akal sahaja, selalu melakukan sesuatu itu tanpa memikirkan orang lain. Umpamanya, kita sebagai penghuni sesebuah kediaman, lazimnya akan sedaya upaya untuk menjaga hati jiran, biarpun kadang-kadang kita tidak pernah bertegur-sapa sepanjang hari ( sibuk dengan tugas). Kalau anak-anak kita membuat bising, kita akan melarang mereka kerana jiran sebelah hendak berehat atau tidur. Ini adalah soal menghormati dan menjaga "privacy".

Apa yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin atasan DAP adalah amat memalukan. Memijak gambar...Kenapa? Kerana mereka ini telah keluar dari parti dan menjadi YB Bebas. Negara kita Malaysia, mengamalkan politik kepartian yang bebas. Setiap orang bebas memilih parti politik yang DISENANGI DAN DISAYANGI. Pemilihan ini mungkin didasari oleh perjuangan yang dibawa oleh parti berkenaan. Atau, mungkin kerana soal keikhlasan pemimpin dan perjuangan.. mungkin kerana penyelewengan yang dilakukan menyebabkan seseorang beralih. Jadi, KENAPA LAH TINDAKAN MENGHINA MEREKA DILAKUKAN SEDEMIKIAN RUPA???

Tapi, yang amat menyedihkan, mereka begitu mudah sekali memohon maaf. Cukup senang, menyelesaikan masalah. Jelas di mata sekarang, inilah bentuk peribadi pemimpin-pemimpin yang dilaung-laungkan untuk memerintah negara. Marilah kita berfikir dengan mendalam..

BUDAYA MELAMBANGKAN PERIBADI..



Sebuah kenyataan daripada akhbar:
"Kita minta maaf kepada rakyat Malaysia yang tertsinggung dan mengaku membuat salah. Ini adalah kenyataan terakhir kita berhubung isu ini dan berharap ia akan selesai." (Mr.N)

Jumaat, Mei 08, 2009

POLITIK PERAK

Ini satu petikan dari akhbar Harakah :
KOTA BHARU, 7 Mei (Hrkh) - Tindakan Menteri Besar kudeta Barisan Nasional Perak, Dato' Dr Zambry Abdul Kadir melantik Speaker baru, Dato' R Ganesan dianggap sebagai terbatal dan tidak sah.
Malangnya biar pun tindakan itu tidak sah, namun pihak keselamatan dikatakan bersekongkol dengan kerajaan 'haram' dengan mengusung keluar Speaker, V Sivakumar ke tempat yang tidak diketahui.
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim berkata, tindakan wakil rakyat BN melantik Speaker baru, ketika Speaker lama masih ada adalah menyalahi peraturan.
Katanya, Speaker tidak boleh dilucutkan jawatan seperti yang dilakukan Adun BN di Perak memandangkan V Sivakumar belum meletak jawatan.
"Ini bermakna jawatan Speaker belum lagi kosong. Saya hairan mereka menggunakan peraturan mana tiba-tiba melantik Speaker baru ketika Sivakumar masih berada di atas kerusinya.
"Ini secara jelas mencabul undang-undang yang tidak pernah berlaku dalam sejarah moden Malaysia sejak mencapai kemerdekaan. Ini sesuatu yang cukup mengaibkan," katanya di sini.

Komen:
Siapa orang ini hendak cuba buat keputusan tentang negeri Perak punya hal? Tidak logik betul hendak campur urusan orang lain. Urusan sendiri pun tidak selesai, ini hendak memporak-perandakan orang pulak? Jangan samakan Kelantan dengan Perak. Kelantan lain... semuanya ikut bendul. Kita dekat Perak , semuanya proaktif. Yang logiknya, PR sudah kehilangan majoriti – ikut lah peraturan. SUDAH HILANG MAJORITI DALAM DUN PERAK. Apa lagi tunggu, jadilah PEMBANGKANG. Itu yang penting sekali difikirkan.. bukan soal speaker kena letak jawatan. Ini berdegil, tidak mahu keluar sampai masa rehat pun tidak berganjak dari kerusi .... nak tergelak pun ada...

Tak usahlah buat hairan... Peraturan sekarang, PR sudah hilang majoriti apabila 3 orang ADUN telah menyatakan BEBAS... Awat lah bodoh sangat.. Tak usahlah cakap pasal sejarah..Kalau nak sebut sejarah, mana ada Persidangan Dewan Bawah Pokok, mana ada ADUN dipecat sesuka hati....

LU FIKIRLA SENDIRI...

ABLEWISE

AdBrite

Your Ad Here