Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PKR. Papar semua catatan

Sabtu, Februari 13, 2010

MENGAPA MINTA ITU DAN INI?

Masa Pakatan Rakyat(PR) memerintah Perak beberapa bulan dahulu, ADUN Barisan Nasional (BN) masa itu jadi pembangkang, tiada minta apa-apa syarat pun dari Pakatan Rakyat(PR). Kenapa? Mereka (ADUN BN) sudah sedia maklum sudah tentu tidak akan dilayan. Maklumlah, baru dapat kuasa memerintah negeri, tentunya ego memaharajai hati dan otak. Mana dia orang (Pakatan Rakyat(PR) hendak pedulikan semuanya ini. Masa itu, orang kata "tolak pun tak rebah". Apa hendak dihairankan. Rata-rata ADUN BN dan penyokong-penyokongnya diperli-perli. Sazya masih ingat semua peristiwa ini..Tapi, seronok juga kala-kalau ada perubahan. Namun, dari sehari ke minggu, minggu ke bulan, tiada apa sebenarnya yang berlaku. Tanah-tanah diberikan kepada "kroni-kroni" mereka. Syarikat ditubuhkan untuk menjalankan projek-projek kilat yang diwujudkan.

Sekarang, bila sudah tidak jadi pemerintah, macam-macam pula syarat dikenakan kepada kerajaan negeri.Kononnya, untuk berbakti kepada rakyat.


Suatu petikan dari Sinar Harian;

Buktikan jika benar kerajaan telus:Nizar...Pembangkang tiada masalah beri kerjasama jika diberi kemudahan.



"Kami bukan letak syarat tinggi, sekadar memohon supaya beri kebenaran kepada kami, ADUN Pakatan Rakyat (PR) menggunakan segala kemudahan prasarana disediakan untuk bertemu rakyat".

Bacaan lanjut: PEMUDA PELAPIS


Selasa, Februari 02, 2010

BERTELAGAH ...APA DAH JADI?!

Semalam, riuh rendah dalam surat khabar cerita pasal YB PAS dan YB PKR bertelagah sesama sendiri. Tapi, yang seronoknya bila bertelagah begini, dikatakan macam bergaduh laki-bini. Maksudnya, bergaduh sekejap sahaja, nanti berbaiklah balik. Bak kata Seniman Agung, Allahyarham Tan Sri P.Ramli dalam sebuah lagunya, "Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri.." Tapi, sejauh manakah hakikatnya???? Rakyat tertipu dan ditipu lagi.

Soalnya sekarang, di manakah letaknya "kebenaran"? "Kebenaran" yang dimaksudkan ialah sama ada sesuatu yang dinyatakan oleh si pengkeritik itu "betul" atau "salah"? Kalau betul, yang perlu disiasat ialah yang kena kritik, dan bukannya si pengkritik. Tetapi, ini sebenarnya tidak berlaku? Apakah dasar politik yang mereka amalkan, yang mana selama ini mereka sering melaung-laungkan bahawa dasar dan amalan politik mereka baik dan "best in Malaysia".

Suka saya memetik kata-kata seorang Pensyarah politik:
"Keterbukaan dalam sesebuah parti perlu dalam memastikan parti tersebut terus berkembang dan ahli yang dikenakan tindakan perlu menerimanya dengan baik.". Tambahnya lagi:
"....beliau berkata, sekiranya sesuatu isu timbul, parti tersebut perlu mengkaji sama ada kenyataan pemimpin tersebut menjejaskan parti ataupun tidak".

Khamis, Mac 05, 2009

SALAH GUNA KUASA



Ini sebuah berita lagi...I'm sorry. I just pasted for my readers.

SPRM ada asas siasat Sivakumar atas kesalahan salah guna kuasa

MELAKA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mempunyai asas untuk menyiasat Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar atas kesalahan menyalah guna kuasa.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Pendakwaan SPRM, Datuk Abdul Razak Musa, berkata Speaker DUN tidak kebal undang-undang dan boleh disiasat atas dakwaan melakukan kesalahan itu.

"Berdasarkan aduan atau maklumat yang diterima, Speaker DUN Perak disyaki melakukan kesalahan mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009. Speaker adalah seorang pegawai badan awam yang tidak terlepas daripada disiasat mengikut seksyen itu, jika disyaki melakukan kesalahan menggunakan jawatan dan kedudukannya. "Beliau tidak kebal dari tindakan undang-undang, tambahan lagi jika dibuktikan melakukan sesuatu di luar tindakan atau amalan biasa tugas rasminya," katanya.

Abdul Razak berkata demikian dalam satu kenyataan selepas majlis Tamat Latihan Asas Pegawai Penguasa dan Penolong Penguasa SPRM yang dirasmikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan di sini, semalam.

Kelmarin, Sivakumar dan 27 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat mengadakan sidang tergempar DUN Perak di bawah pokok berhampiran Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh selepas dilarang memasuki bangunan itu kerana sidang berkenaan dikatakan tidak sah.
Beberapa jam selepas itu, Mahkamah Tinggi Ipoh mengeluarkan perintah menghalang Sivakumar mengadakan sebarang sidang DUN tanpa kebenaran Sultan Azlan Shah.

Dalam kenyataan satu halaman itu, Abdul Razak menegaskan, mengikut Seksyen 29(3) Akta SPRM dan Kanun Tatacara Jenayah, suruhanjaya itu mempunyai kuasa untuk menyiasat bila mana disyaki perlakuan suatu kesalahan mengikut akta berkenaan.

Beliau menjelaskan, maksud 'suapan' mengikut Seksyen 3 Akta SPRM 2009 adalah luas dan meliputi tindakan untuk apa-apa jawatan.


"Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan wajar diberi takrifan yang luas termasuk tindakan tidak mengikuti tatacara biasa seperti berlaku dalam kes ini," katanya.
Takrifan 'pegawai badan awam' mengikut Seksyen 3 akta yang sama merangkumi ahli sesebuah DUN serta mana-mana orang yang menerima apa-apa saraan daripada orang awam.

Abdul Razak bagaimanapun berkata, pembuktian kesalahan rasuah masih bergantung kepada setakat mana Sivakumar diberi kuasa mengikut Fasa 16(6) Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak serta Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak, khususnya Perkara 72(3) serta Kuasa dan Tatacara Jawatankuasa Hak dan Kebebasan DUN.

"Jika tindakan beliau melangkaui skop yang dibolehkan, maka SPRM mempunyai kuasa menyiasat beliau," katanya.


Rabu, Mac 04, 2009

SIDANG DUN BAWAH POKOK

Hari ini kita cerita pasal SIDANG DUN BAWAH POKOK. Cerita ini dalam surat khabar pun ada macam-macam. Yang MENYEDIHKAN dan juga MELUCUKAN... kenapa ini terjadi? Semuanya kerana GILA KUASA. Tak tahulah nak cakap apa. Sebagai rakyat negeri Perak yang SETIA kepada DYMM Paduka Sultan Perak amat terasa sedih.... sungguh sedih. Inilah yang kita sajikan kepada anak-anak kita yang masih bersekolah rendah. Yang sekolah menengah tu mungkin mereka sedikit faham tentang pergolakan politik masa kini. Yang kecik-kecik tu ternganga-nganga... teringat macam cerita ROBIN HOOD pulak... Macam mana kalau difikir-fikirkan, boleh lulus TIGA usul secara sebulat suara. Ini suatu yang mungkin akan terjadi dimana-mana juga. Kalau macam tu, tak payah susah-susah bina DEWAN PERSIDANGAN besar-besar atau cantik-cantik. Elok bersila saja tengah padang lagi "save budget"...Bayangkan lah pula persepsi orang-orang dari luar negara. KECOH..KECOH....KECOH ...




Isnin, Februari 23, 2009

YANG SEBENARNYA

Keputusan Sultan Perak Berdasar Kuasa Budi Bicara Ikut Undang-undang : Peguam

SHAH ALAM, 17 Feb (Bernama) -- Seorang pengamal undang-undang berpengalaman meminta mereka yang meragui keputusan Sultan Perak Sultan Azlan Shah berhubung pelantikan kerajaan baru di Perak baru-baru ini supaya memahami peruntukan berkaitan kuasa budi bicara Raja mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak dan Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Salehuddin Saidin berkata ini penting bagi mengelak perbuatan meluahkan perasaan di jalanan dan bantahan berlebihan hingga membawa kepada tindakan liar dan boleh dianggap biadab terhadap Raja Melayu.

"Kalau dahulu tindakan gerakan demonstrasi jalanan biasa dilihat di Kuala Lumpur dan di kota-kota, namun kini kita tersentak dengan kejadian yang telah menular di sebuah Bandar Diraja (Kuala Kangsar) yang tenang dan aman yang tidak pernah terlintas di lubuk hati kita insiden sedemikian akan berlaku.

"Alangkah sedihnya melihat fenomena ini menjadi semakin berleluasa dan melihat orang Melayu sendiri sanggup menentang Raja dan bersikap biadab, dan ada yang sanggup mohon derhaka terhadap Sultan semata-mata untuk menegakkan pendirian masing-masing," katanya dalam kenyataan kepada Bernama.

Salehuddin, yang pernah menjadi Ketua Unit Pendakwaan di Selangor berkata, perasaan marah golongan itu sehingga hilang pertimbangan akal yang wajar, dan sanggup menghalang rombongan Diraja serta mencaci Sultan dalam blog, bermakna sebahagian masyarakat seolah-olah telah hilang rasa hormat dan cinta kepada Raja dalam sistem Raja Berperlembagaan di negara ini.

"Adakah kita lupa selama ini Institusi Raja telah banyak memainkan peranan untuk menyelesaikan kemelut masyarakat Melayu yang berhadapan dengan isu-isu yang melibatkan hak-hak dan keistimewaan orang Melayu?

"Tidakkah kita pernah terfikir bahawa institusi Raja merupakan teras kepada perlindungan hak istimewa orang Melayu seperti mana diperuntukkan di bawah Perlembagaan Persekutuan khususnya Artikel 153 yang selama ini kita nikmati.

"Adakah pepatah 'Melayu mudah lupa' seperti yang diluahkan oleh (bekas Perdana Menteri) Tun Dr Mahathir Mohamad hendak kita biarkan menjadi satu kenyataan?" katanya.

Salehuddin berkata kuasa-kuasa budi bicara Raja yang diberikan secara mutlak kepada Raja iaitu bagi pelantikan Menteri Besar dan keengganan memberi persetujuan terhadap permohonan bagi pembubaran Dewan Undangan Negeri adalah termaktub dalam Perkara 12, 16 dan 18 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak.

Peruntukan Perkara 18 (2) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak, antara lain, menyebut: "Maka Duli Yang Maha Mulia bolehlah memutuskan mengikut timbangannya sendiri pada menjalankan kuasa-kuasa yang tersebut di bawah (sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa yang pada menyempurnakannya ia boleh memutuskan mengikut timbangan sendiri di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu:

(a) Lantikan seorang Menteri Besar,

(b) Keengganan memberi persetujuan kepada satu permohonan bagi pembubaran Dewan Negeri,"

Salehuddin berkata peruntukan tersebut wajar dibaca bagi membuat pertimbangan sewajarnya tentang kuasa-kuasa budi bicara Raja yang dilaksanakan secara mutlak oleh Raja.

"Kenapa tidak kita kembali kepada asas tamadun budaya Melayu untuk berbincang dengan lebih beradab dengan Raja-Raja mengenai sebarang pertelingkahan agar dapat diselesaikan dengan baik dan tidak mendatangkan ketegangan kepada semua pihak," katanya.

Beliau berkata budaya membawa rungutan dan tidak puas hati ke jalanan harus dihentikan serta merta bagi mengelak bangsa daripada kehancuran dan dicemuh sebagai satu bangsa tidak beradab dan terlalu mengikut emosi.



-- BERNAMA

CERITA MENGARUT

INI CATATAN DARI BERITA HARIAN. APA NAK JADI TAK TAU LA...PEMBANGKANG NI PANTANG BOLEH KUASA SIKIT, MACAM-MACAM DIA ORANG NAK BUAT. ENTAHLAH...BILA NAK SELESAI. MENGARUT SUNGGUH



Pakatan Rakyat Perak mohon sidang khas DUN

IPOH: Selepas menggantung tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN), Pakatan Rakyat kini cuba memohon perkenan Sultan Perak untuk mengadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (DUN) secepat mungkin bagi membuktikan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin masih sah sebagai Menteri Besar.

Surat permohonan untuk mengadakan sidang khas DUN itu dihantar oleh Speaker DUN, V Sivakumar, kepada Sultan Azlan Shah, minggu lalu.

Mohammad Nizar berkata, sidang khas itu bertujuan membolehkan Adun BN atau Pakatan Rakyat mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap dirinya sendiri.

“Usul tidak percaya pada pada sidang khas itu dapat menentukan siapa yang mendapat undi majoriti. Itu yang ada dalam peraturan... perkiraan sama ada Menteri Besar ini mendapat sokongan majoriti atau tidak,” katanya kepada pemberita sebelum meninggalkan kediaman rasmi Menteri Besar di sini, pagi semalam.

Mohammad Nizar mendakwa Pakatan Rakyat kini menguasai majoriti dalam DUN dengan 28 Adun, berbanding 21 BN berikutan penggantungan Menteri Besar, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam Exconya, manakala tiga Adun dari Pakatan Rakyat yang keluar parti masing-masing pula didakwa sudah meletak jawatan.

Sementara itu, Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pada sidang akhbarnya beberapa jam selepas itu menjelaskan Pakatan Rakyat sebenarnya mahu membawa usul undi percaya terhadap kepemimpinan Mohammad Nizar sebagai Menteri Besar yang sah.


Disini nampak jelas kepada kita, bagaimana putar-belit yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat untuk mengelirukan rakyat.Mana keadilannya, kalau dah digantung wakil-wakil rakyat..kemudian hendak diajak mengundi. Rakyat Perak lihatlah sendiri, betapa bahayanya Pakatan Rakyat. Sanggup buat apa sahaja untuk menipu rakyat..

Rabu, Jun 25, 2008

KEPENTINGAN PERIBADI

Inilah perjuangannya ... Memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia. Bukti yang jelas. Inilah kenyataan yang dipetik dari blog yang berkaitan ...

Anwar Ibrahim: Keberanian SAPP mempertahankan hak rakyat

24 Jun 2008
Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian SAPP dan dua ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.
Saya telah mengadakan dua perbincangan sabelum ini dengan Dato Yong Tek Lee, presiden dan pimpinan SAPP. Isu pokok adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban. Jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah. Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak.
Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil


ANWAR IBRAHIM

Komen penulis:...."good governance" atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban - apa benda semua ini. Semuanya untuk kepentingan peribadi. Tidak percaya tunggu dan lihat

Selasa, Jun 24, 2008

CERITA BOHONG

Mai baca berita ini...
Akhir-akhir ini rakyat Malaysia telah 'dianugerahkan' dengan siri-siri pembohongan pemimpin utama negara (Petikan kata mereka)

Bercakap pasal cerita BOHONG ni, semua orang bohong. Pemimpin PKR, DAP dan PAS pun bohong. Tak payahlah cerita pasal orang lain. Tengoklah bohong pemimpin-pemimpin Pkatan Rakyat. Dalam manifesto macam-macam, tapi mai dok buat macam lain. Alasan yang dibagi mudah. Kami tak jadi "kerajaan pusat". Cakap apa ni. Kalau dah cakap tu buat saja le... jangan cari alasan. Baru ni, saya pi Kedah, jumpa seorang guru Ugama Sekolah rakyat... Saya kata la syok la hampaa. Dia kata syok apa , lagi teruk ada....

Tengok ni satu lagi cerita dalam surat khabar depa...
Kemenangan Pakatan Rakyat membawa harapan rakyat yang cukup tinggi. Kita tidak tahu sama ada kemenangan itu disebabkan manifesto yang kita kemukakan atau kerana hasrat rakyat untuk berubah. PAS dan KeADILan membawa konsep negara berkebajikan. Saya melihat sepatutnya kita boleh buat lebih daripada itu. Mungkin oleh kerana idealisma sewaktu kita menjadi pembangkang dahulu, kita tidak tahu realiti apabila kita menjadi kerajaan.

Sekarang, dalam kerajaan, kita perlu menimbang dari segi kewangan. Bagaimanapun sepatutnya lebih banyak lagi yang kita boleh capai dalam tempoh 100 hari khusus kepada apa yang kita beri kepada rakyat.


Komen: Sekarang baru hampa tau. Masa dulu cakap senang.... nak bagi air free pun hampa terkancing gigi.. Cakap banyak lagi nak bagi , apa dia? Kalau nak banding dengan Kerajaan BN bagi kat rakyat ...ibarat langit dengan bumi. Tapi, rakyat tak nampak... Pasai apa tak nampak, pasal telah didakyah oleh "politikus-politikus" yang gila kuasa. Rakyat lapisan bawahan memang cepat terpedaya. La ni, kerajaan tarik subsidi minyak baru kelam kabut. Dulu masa kerajaan bagi subsidi harga minyak, depa tak nampak. Cubalah fikir semasak-masaknya. Orang ajak kita benci kerajaan, kita pun ikut. Kita pangkah pembangkang, kita lagi susah.. Depa pi juga luar negeri. Laki-bini lagi pi sama. Kita dapat apa.. Ajak buat demonstrasi, kita ikut. Kena cekup masuk lokap, anak bini kita yang susah.. Depa macam tu jugak. Kita tertipu bila desebut "perjuangan rakyat". Mana ada perjuangan rakyat.. kita sudah cukup selesa dulu. Mai puak-puak yang ada kepentingan diri ni, hancur habis kita. Semua yang sokong mereka adalah bekas-bekas VVIP yang kecewa. yang tak dapat apa dalam kerajaan. Jadi, secara peribadi depa marak kat kerajaan. Kata BN mengamalkan kronisme la, rasuah la ... Depa pun kalau dah berkuasa pun macam tu.. tunggu tengokla. Sekarang ini, depa tak dapat lagi... depa laungkan "PERJUANGAN RAKYAT" le...Negara berkebajikan la.. Tapi, tak berapa hari memerintah terus isytihar LADANG BABI... masuk akal ka?

Zaman BN memerintah, pasal babi ni hentam bukan main. Gelar pemimpin-pemimpin BN ni macam-macam .... judi kena haram, berkawan dengan parti Cina dan India jadi kafir.. La depa pulak buat macam tu.. Mana hukum ALLAH yang nak ditegakkan. Takut penyokong lari... Fikir la.

ABLEWISE

AdBrite

Your Ad Here
MoreNiche Affiliate Program