Rabu, Jun 25, 2008

KEPENTINGAN PERIBADI

Inilah perjuangannya ... Memecahbelahkan perpaduan rakyat Malaysia. Bukti yang jelas. Inilah kenyataan yang dipetik dari blog yang berkaitan ...

Anwar Ibrahim: Keberanian SAPP mempertahankan hak rakyat

24 Jun 2008
Tahniah dan salut perjuangan kerana ketegasan dan keberanian SAPP dan dua ahli Parlimen mereka mempertahankan hak rakyat khususnya Sabah.
Saya telah mengadakan dua perbincangan sabelum ini dengan Dato Yong Tek Lee, presiden dan pimpinan SAPP. Isu pokok adalah berkaitan good governance atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban. Jaminan keadilan bagi rakyat, bumiputra dan lainnya termasuk Sabah. Kita menjamin 20 peratus royalti minyak kapada Sabah, Sarawak dan Trengganu, serta perwakilan yang adil bagi negeri Sabah dan Sarawak.
Saya gembira dengan tindakan awal ini dan menyeru supaya rakan-rakan lain segera bertindak demi menjamin politik yang stabil dan pengurusan ekonomi cekap yang akan menjamin pertumbuhan pantas serta pengagihan adil


ANWAR IBRAHIM

Komen penulis:...."good governance" atau pengurusan pemerintahan baik dan mematuhi prinsip pertanggungjawaban - apa benda semua ini. Semuanya untuk kepentingan peribadi. Tidak percaya tunggu dan lihat

TINDAKAN LEWAT

Usul kurangkan beban kenaikan minyak, Presiden PAS kata ia sudah terlambat
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS Marang) menyifatkan usul yang dibentang oleh wakil kerajaan, Dato' Shahrir Samad di Dewan Rakyat hari ini berhubung langkah mengatasi beban kenaikan harga minyak adalah satu langkah terlambat.
Sambil menyatakan kekesalan terhadap usul yang lewat itu beliau menyatakan bahawa kerajaan sepatutnya membawa usul itu sebelum pengumuman harga minyak dibuat (4 Jun).
Komen: Lewat macam mana pulak? Dulu riuh-rendah pasai harga minyak – tuduh kerajaan BN tak prihatin kat rakyat. Bila dah ada jalan penyelesaian, kata lewat pulak... Putar alam betui la....

"Rakyat semuanya menderita, sementara media digunakan untuk cari rakyat yang jahil tentang ekonomi untuk menyokong tindakan kerajaan ini," kata Presiden PAS itu lagi.

Komen penulis: Mana ada rakyat menderita... Siapa yang jahil tentang ekonomi? Yang jahil tu yang terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang. Yang dah tertutup mata hatinya... dah tak nampak yang mana baik, yang mana buruk. Nampak semua yang orang lain cakap atau buat itu buruk, yang molek yang dia cakap atau yang dia buat. Itu namanya tak rasional...

MENANGANI KENAIKAN HARGA MINYAK

Langkah Pakatan Rakyat menangani kenaikan harga minyak dan barang mengikut pandangan saya yang tak famous ni...
1. semua family di malaysia ni, pi mana pun naik basikal atau jalan kaki. Kereta simpan kat rumah, tunggu sampai boleh jual besi buruk . Simpanan minyak dalam Malaysia tak habis, dan jual kat negara lain ... dapat juga untung.
2. segala menatang dan tumbuhan yang mengeluarkan minyak dikumpul dan diproses untuk mengeluarkan minyak – kot-kot boleh lah dijual murah untuk kegunaan minyak kereta – harga pun murah ( carigali minyak ni mahal sungguh )
3. setiap pemilik kenderaan mesti guna sebuah kereta saja untuk perjalanan - polisi kereta bergerak mesti ada 4 orang saja. (kalau orang ada anak ramai , kena tinggai setengah kat rumah)
4. semua kilang-kilang di Malaysia tak payah pakai mesin lagi – semua guna tangan atau binatang ( balik macam zaman dulu) – jimat belanja minyak – minyak pun tak habis , boleh jual dan dapat untuk – subsidi harga minyak kepada rakyat boleh bagi sampai 80% (kira ok lah – kalau harga 1 liter RM 10.00 , rakyat kena bayar RM 2.00 saja) – sempoi...
5. semua pokok getah, pokok durian, dan sebagainya kena tebang – ganti tanam kelapa atau kelapa sawit – boleh dapat minyak (cipta kereta guna minyak kelapa dan minyak sawit) – harga minyak murah
6. Lain-lain yang dirasakan sesuai dan logik

CERITA ORANG ISA

Saya nak letak sikit petikan yang saya ambil dari Harakahdaily untuk tatapan mereka-mereka yang tak minat baca website ni...

Surat ini merupakan sebahagian coretan yang dimuatkan...., yang menukilkan sebahagian luahan hati para isteri yang dinafikan hak mereka angkara ISA.

......antara lainnya menceritaka pengalaman pahit dan kesengsaraan para isteri, yang suami mereka ditahan selama beberapa tahun di bawah ISA.

Malah, bekas tahanan yang kini sudah menjadi wakil rakyat, Saari Sungib turut menulis pengalaman beliau ketika ditahan dan juga selepas bergelar YB.(Komen- Kerajaan ok jugak la, duduk dalam tahanan pun boleh jadi YB)

....pengalaman isteri-isteri tahanan ISA seperti isteri Saari, Aliza Jaafar, Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA, Norlaila Othman dan Siti Norma Ismail, jelas menggambarkan kesengsaraan dan keperitan yang dialami keluarga tahanan.

Bukan sahaja suami mereka ditahan, keluarga termasuk ibu bapa dan rakan-rakan turut diganggu ....., ke mana sahaja mereka pergi, dengan pelbagai cara.

Komen: ISA ni bukan kejam sebenarnya, tapi sekurang-kurangnya mengajar mereka yang "degil" dan tidak tahu menghormati undang-undang negara. Saya pun bisa bersembang dengan orang yang kena tahan ISA ni.. Dia kata tak kejam pun, sebaliknya banyak beri kesedaran pada dia. Cerita nak putar belit memanglah macam tu... Yang penting kenalah ikut peraturan dan hormati undang-undang negara. Kalau tidak ada undang-undang, macam mana nak hidup. Undang-undang @ Hukum Allah pun orang langgar berselerak .... apa lagi hukum dunia...Bersabar sajalah. Kedegilan menyebabkan tempoh tahanan dilanjutkan... kalau tidak tak kan kerajaan nak lanjutkan tempoh penahanan. Fikir-fikirlah sedalam-dalamnya ...

Selasa, Jun 24, 2008

CERITA BOHONG

Mai baca berita ini...
Akhir-akhir ini rakyat Malaysia telah 'dianugerahkan' dengan siri-siri pembohongan pemimpin utama negara (Petikan kata mereka)

Bercakap pasal cerita BOHONG ni, semua orang bohong. Pemimpin PKR, DAP dan PAS pun bohong. Tak payahlah cerita pasal orang lain. Tengoklah bohong pemimpin-pemimpin Pkatan Rakyat. Dalam manifesto macam-macam, tapi mai dok buat macam lain. Alasan yang dibagi mudah. Kami tak jadi "kerajaan pusat". Cakap apa ni. Kalau dah cakap tu buat saja le... jangan cari alasan. Baru ni, saya pi Kedah, jumpa seorang guru Ugama Sekolah rakyat... Saya kata la syok la hampaa. Dia kata syok apa , lagi teruk ada....

Tengok ni satu lagi cerita dalam surat khabar depa...
Kemenangan Pakatan Rakyat membawa harapan rakyat yang cukup tinggi. Kita tidak tahu sama ada kemenangan itu disebabkan manifesto yang kita kemukakan atau kerana hasrat rakyat untuk berubah. PAS dan KeADILan membawa konsep negara berkebajikan. Saya melihat sepatutnya kita boleh buat lebih daripada itu. Mungkin oleh kerana idealisma sewaktu kita menjadi pembangkang dahulu, kita tidak tahu realiti apabila kita menjadi kerajaan.

Sekarang, dalam kerajaan, kita perlu menimbang dari segi kewangan. Bagaimanapun sepatutnya lebih banyak lagi yang kita boleh capai dalam tempoh 100 hari khusus kepada apa yang kita beri kepada rakyat.


Komen: Sekarang baru hampa tau. Masa dulu cakap senang.... nak bagi air free pun hampa terkancing gigi.. Cakap banyak lagi nak bagi , apa dia? Kalau nak banding dengan Kerajaan BN bagi kat rakyat ...ibarat langit dengan bumi. Tapi, rakyat tak nampak... Pasai apa tak nampak, pasal telah didakyah oleh "politikus-politikus" yang gila kuasa. Rakyat lapisan bawahan memang cepat terpedaya. La ni, kerajaan tarik subsidi minyak baru kelam kabut. Dulu masa kerajaan bagi subsidi harga minyak, depa tak nampak. Cubalah fikir semasak-masaknya. Orang ajak kita benci kerajaan, kita pun ikut. Kita pangkah pembangkang, kita lagi susah.. Depa pi juga luar negeri. Laki-bini lagi pi sama. Kita dapat apa.. Ajak buat demonstrasi, kita ikut. Kena cekup masuk lokap, anak bini kita yang susah.. Depa macam tu jugak. Kita tertipu bila desebut "perjuangan rakyat". Mana ada perjuangan rakyat.. kita sudah cukup selesa dulu. Mai puak-puak yang ada kepentingan diri ni, hancur habis kita. Semua yang sokong mereka adalah bekas-bekas VVIP yang kecewa. yang tak dapat apa dalam kerajaan. Jadi, secara peribadi depa marak kat kerajaan. Kata BN mengamalkan kronisme la, rasuah la ... Depa pun kalau dah berkuasa pun macam tu.. tunggu tengokla. Sekarang ini, depa tak dapat lagi... depa laungkan "PERJUANGAN RAKYAT" le...Negara berkebajikan la.. Tapi, tak berapa hari memerintah terus isytihar LADANG BABI... masuk akal ka?

Zaman BN memerintah, pasal babi ni hentam bukan main. Gelar pemimpin-pemimpin BN ni macam-macam .... judi kena haram, berkawan dengan parti Cina dan India jadi kafir.. La depa pulak buat macam tu.. Mana hukum ALLAH yang nak ditegakkan. Takut penyokong lari... Fikir la.

TAKTIK KOTOR

Apalah lagi nak jadi pada politikus negara kita hari ini. Angan-angan tinggi bukan main, tapi semuanya guna taktik kotor... Tengoklah berita ini:

Pakatan Rakyat perlu bertindak bijak untuk meletakkan Barisan Nasional (BN) diambang kehancuran dan akan hilang kuasa pada bila-bila masa dengan tindakan tersebut.

Adalah tidak bijak jika cadangan usul undi tidak percaya dikemukakan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi didedahkan secara terbuka di hadapan media ketika keupayaan secara zahirnya tidak nampak usul itu mampu mendapat undi majoriti ahli parlimen.

Lainlah sekiranya Pakatan Rakyat telah memperolehi 30 atau lebih ahli parlimen BN yang dikatakan mahu berpindah ke Pakatan Rakyat.

Itulah beritanya.... Kita sayangkan negara Malaysia. Sama-samalah berdoa kepada ALLH swt. agar keadaaan ini tidak terjadi..AMIN

PUBLISITI MURAHAN

Kalau nama orang PKR ni, macam ni la kerja mereka... Baca berita kat bawah ini,cek mabil kat satu website...

Tian Chua (KeADILan-Batu), N. Gobalakrishnan (KeADILan-Padang Serai), Zulkifli Noordin (KeADILan-Kulim Bandar Baharu) dan Hee Loy Sian (KeADILan-Petaling Jaya Selatan) benar-benar mencatat sejarah.

Naik basikal ke parlimen? Konon-kononnya protes harga minyak. Berapa hari nak naik basikal ni. Lepas ini apa pulak? Naik kereta lembu pulak kot... Tak tau la cek..Naik pulak tu tak jauh mana pun.... he ..he

Isnin, Jun 16, 2008

BOHONG LAGI

Saya copy ini dari sebuah website. Bacalah sesiapa yang mencintai keamanan dan kedamaian......

[GAMBAR DIDALAM]]PULAU PINANG, 15 Jun (SK) – Kira-kira 15,000 orang telah memenuhi Stadium Bandaraya disini bagi menghadiri Program Bersama Rakyat yang dihadiri oleh Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang pentadbiran Lim Guan Eng , Naib Presiden Pas Mohd Sabu dan Lim Kit Siang.
Anwar Ibrahim turut menyatakan sekali lagi akan menurunkan harga minyak sekiranya . Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih negara dalam sedikit masa lagi.
“Langkah pertama yang akan diambil oleh Kerajaan yang akan di tubuhkan nanti ialah memikirkan bagaimana meringankan kesusahan rakyat dan dengan itu langkah utamanya ialah dengan menurunkan harga minyak” katanya.
Beliau turut memuji tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng yang memperkenalkan sistem penjimatan dan berhati-hati dalam perbelanjaan.
Berita lanjut akan terbit pada Suara Keadilan 137 yang akan terbit pada 17 Jun ini

Komen....
Bohong sungguh berita ni. Mana ada sampai 15,000 pun orang yang turun pi tengok depa dok mohong ni. Lagi pun, logik ka depa nak bagi turun minyak yang naik harga satu dunia ni. Pasai ayaq free pun depa pening. Nak ambil alih negara pun dok tunggu YB lompat parti. YB yang dipilih rakyat, sebelum lompat parti kena tanya rakyat yang pilih YB dulu. Kalau tidak, itu namanya PENIPUAN DAN ZALIM. Kalau nak juga kena buat pilihanraya kecil, baru YB tau .......


Keluhan......
Naik lemas la baca surat khabar PEMBANGKANG ni...Semua kerajaan BN buat tak betui belaka. Depa tu MALAIKAT kot. Semuanya pandai, semuanya baguih. Mengajak rakyat jadi perosak keselamatan awam... reformasi sana-sini, lawan polis... Depa tak tau ka yang nak jaga keselamatan negara ni polis. Kalau polis BOIKOT tak mau kerja ... cuba bayangkan apa jadi pada negara?... Awat la bingung sangat hampa-hampa ni? Orang negara luaq dok gelak kat kita la ni. Hampa tak tau ka? Kalau tak tau ni nak bagi tau. Kembali lah untuk berfikir sedalam-dalamnya. Ada pemimpin yang suka mengambil kesempatan... tapi ada pemimpin yang benar-benar ikhlas..Pilihlah yang benar-benar bersih, bukan yang mengaku dirinya bersih. Yang benar-benar tidak mengutamakan keluarga, tapi akhirnya bawa keluarga juga ke dalam Parlimen. Kalau nak bercakap pasai ikhlas, mulia, bersih....tengoklah "track record" nya yang dulu-dulu.

Ahad, Jun 08, 2008

ISU HARGA MINYAK

Hari ini saya baca sebuah blog... petikannya di bawah:

Saya dan (seseorang) seharian di Manila, di antara lain untuk menziarah sahabat kami bekas Presiden Cory Aquino yang sedang dirawat akibat penyakit barah dan bekas Presiden Joseph Estrada, sahabat setia.
Kami solat Jumaat di kompleks kediaman keluarga Aquino dan sesudah itu menyampaikan ucapan di University De La Salle. InshaAllah awal esok pagi kami akan berlepas pulang ke KL.
Namun selama di sini fikiran melayang ke Malaysia, meneliti reaksi rakyat dan keperitan hidup mereka.(Ramai ka rakyat yang kebuluran? Sarjana dan pimpinan politik di sini juga bingung dengan keputusan Kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak melonjak setinggi itu walaupun Malaysia adalah negara pengeksport minyak.
Beberapa persoalan dibangkitkan oleh pengunjung:
- Petronas: tidak wajar Petronas diserang.
Umumnya pengurusan dan tahap profesional mereka membanggakan. Isunya adalah pertanggungjawaban atau akauntabiliti - kerana tidak wajar khazanah negara di letak di bawah penguasaan PM semata! Maka dana melimpah hasil Petronas dibelanja sewenangnya atas telunjuk penguasa.
- Tindakan bantahan selanjutnya.
Saya prihatin dengan kegelisahan yang sdr/i luahkan, namun tindakan harus berencana, tidak gopoh dan diputus oleh segelintir pihak semata. Keputusan harus diambil secara muafakat. Saya akan kemukakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang akan bersidang Isnin ini inshaAllah.

Komen - Pi jalan kat Manila.Baik sungguhla Kerajaan Malaysia... kalau tidak tahanla passport mereka. Banyak bahaya...

Blog ini telah mendapat respons yang saya letakkan di sini untuk dibaca. Betapa banyaknya perkara-perkara yang tidak masuk akal. Harga minyak telah diisukan...sedangkan bab ayer free di Selangor pun tidak selesai. Isu cuti bersalin 3 bulan pun sedang bincang. Isu DEB hapus...Islam Hadari pun tidak diterima. Semua yang orang lain buat tidak betul, yang depa saja betul....

Respons 1:
ASSALAMUALAIKUM DSAI….. RANCANGLAH SESUATU BAGI MEMBANTU GOLONGAN YANG TERSEPIT DAN TERHIMPIT NI…TAK DE ORANG LAIN YANG BERANI DAN LANTANG BERSUARA MEMBELA NASIB KAMI . GOLONGAN BERADA DAN ATASAN TAK TERJEJAS DAN TAK RASA APA-APA PUN DIATAS KENAIKAN HARGA MINYAK NI…..KAMI PERINGKAT PERTENGAHAN DAN BAWAHAN NI TERPAKSA MENCATU SEGALA PERBELANJAAN DARI AWAL BULAN SAMPAILAH CUKUP BULAN…..PUSING-PUSING CAM TU GAK….TOLONGLAH KAMI SEMUA DSAi!!!!!!!!!!!

Komen -Kalau susah pohon pertolongan daripada ALLAH Subhanawataala dan bukan daripada manusia
Sebenarnya, ada rahmat dari kenaikan harga minyak kerana selama ini pun rakyat Malaysia begitu mewah berbelanja. Eloklah sedar-sedar dan yang suka merayau-rayau makan angin tu duduk-duduk di rumah bersama anak dan isteri. Apa hendak disusahkan sampai merayu-rayu. Lagi pun kenaikan harga minyak ni di seluruh dunia... bukan Malaysia sahaja. Tapi, kalau ada orang boleh turunkan pun baik juga. Boleh ke? Tak percaya la...

Sabtu, Jun 07, 2008

PEMIMPIN HEBAT-HEBAT

Ini sebagai renungan untuk mereka-mereka yang nak melompat parti. Kalau tidak ada ketokohan baik tak payah le...Mereka cari bekas-bekas orang hebat, "tokoh-tokoh"....supaya nampak gah di mata, tapi di hati hanya TUHAN yang tahu..kebanyakannya bekas kakitangan kerajaan.Kenapa la jadi macam ni...

Tokoh-tokoh terkenal dilantik MPT ......


Penulis:RAHSIA
Fri | Jun 06, 08 | 1:20:59 pm MYT
KUALA LUMPUR, 6 Jun (Hrkh) - Parti...... selesai melantik lapan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) parti itu baru-baru ini dan pada 8 Jun akan datang mesyuarat pertama MPT baru akan diadakan.
Demikian diumumkan oleh Setiausaha Agungnya Dato ...........
Di antara mereka yang dilantik ialah bekas Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Dr Mohd Noor Manuti yang bertindak selaku Penyelaras Dasar Parti.
Manakala bekas Presiden Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat, Cikgu Nordin Hj Mahmud merupakan penyelaras kepada bekas guru-guru Melayu bagi pihak parti.
Selain itu turut dilantik ialah bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Kelantan, Nik Mahmood Nik Hassan, Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) Syed Shahir Syed Mohamud, Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Timbalan Pengerusi Perhubungan Negeri Selangor Hee Loy Sian, bekas Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi dan Ahli Lembaga Disiplin Parti Dato Yeop Adlan, dan bekas Timbalan Setiausaha Agung Low Chee Chong.
Dalam pada itu, ........... juga mengalu-alukan kemasukan ahli baru, bekas Timbalan Presiden Dewan Perniagaan Melayu Malaysia, Dato' Dr Mohd Adam Harun yang kini memegang jawatan Naib Ketua Bahagian Tumpat Kelantan.
Turut dialu-alukan, kata ......... penyertaan bekas Timbalan Ketua Bahagian UMNO Mentakab, Dato Mat Lazim Derani.
"Dengan adanya suntikan tenaga baru ini dan berbekalkan pengalaman dan komitmen mereka akan memantapkan lagi agenda pemerkasaan parti di semua peringkat demi meneruskan perjuangan menegakkan keadilan untuk semua rakyat di Malaysia," kata ........
Komen - Tak payah le. Politik ni penuh tipu daya
- mns _

Tun Dr. Mahathir keluar dari Umno

Ini satu lagi berita dan kenyataan yang jelas menggambarkan pendirian PEMIMPIN yang dilaung-laungkan untuk menerajui negara. Setiap isu dijadikan bahan untuk menyulitkan suasana negara.

20 Mei 2008 Keputusan Tun Dr. Mahathir untuk keluar dari Umno hari ini mencerminkan krisis Umno yang kian merosot, di mana pemimpin saling berebut dan bercakaran, manakala rakyat semakin tidak terbela. Komen-Yang berebut dan bercakaran tu orang-orang luar parti. Orang dalam parti saya nampak ok saja. Rakyat tidak perlu bimbang sebenarnya. Yang perlu dibimbangkan ...AMAT DIBIMBANGKAN .. apabila DEB nak dihapuskan..mana hak orang Melayu?
Masalah dalaman Umno semakin parah dan jelas tiada harapan untuk pulih. Walaubagaimanapun, kita mesti mengelakkan dari terperangkap dengan agenda peribadi untuk menggantikan pemimpin yang lemah dengan pemimpin yang rasuah.
Komen-SIAPA YANG MEMPUNYAI AGENDA PERIBADI...SIAPA??
Memandangkan masalah dalaman Umno yang semakin merudum, semua rakyat Malaysia yang prihatin dengan kestabilan, kemajuan dan perpaduan masa depan negara dijemput menyertai KeADILan dan Pakatan Rakyat untuk merealisasikan visi bersama untuk bersatu demi memulihkan Malaysia.

CERITA TOL DAN CUKAI JALAN

Satu petikan berita yang perlu dibaca dan difikirkan secara rasional. Kita perlu melihat sesuatu secara menyeluruh dan melingkupi dunia globalisasi.

Minyak naik: Hapuskan tol dan cukai jalan


Penulis:RAHSIA
Fri | Jun 06, 08 | 12:38:05 pm MYT
Hairan bin ajaib, Malaysia negara pengeluar minyak tetapi minyak mahal dan harganya naik lagi. Sepatutnya apabila harga minyak dunia mahal, sudah tentu pendapatan negara juga bertambah.
Tetapi kerajaan umum mengenai subsidi sampai RM45 billion. Jangan umumkan subsidi sahaja, kena umum juga jumlah pendapatan negara dengan kenaikan harga minyak dunia.
Di Brunei, harga minyak seliter hanya RM1.20 berbanding dengan Malaysia RM2.73. Jangan banding harga minyak kita dengan Singapura dan Thailand kerana mereka bukan negara pengeluar minyak. Jangan banding antara epal dengan oren.
Kerajaan kena memikirkan bahawa rakyat jelata hari ini makin tertekan. Tidak habis dengan isu kenaikan harga beras yang dulu berharga RM9.00 untuk 5 kilo kini meningkat sampai RM17.00. Inilah negaraku sekarang di bawah pemerintahan BN.
Sekarang rakyat Malaysia bermimpi ngeri pula apabila mendengar pengumuman kenaikan harga minyak petrol (80 sen) dan diesel (RM1). Cuba bayangkan apa yang akan terjadi dengan kenaikan harga barang kepada rakyat. Pak Menteri tidak kisah kerana mereka dapat elaun RM56 ribu sebulan. Minyak tol semua rakyat tanggung. Apa yang terjadi kepada rakyat bawahan?
Mungkin ada rakyat yang jahil akan mengatakan mereka tidak ada apa-apa kesan kerana tidak ada kereta dan tidak menggunakan tol. Tetapi mereka kena sedar walaupun tidak berkereta namun mereka membeli keperluan dapur dan barang makanan. Semuanya melalui jalan tol dan menggunakan petrol. Segala bebanan tol dan petrol akan ditanggung oleh pengguna. Kalau dulu kita boleh beli sayur sawi sekilo RM2.00 sekarang sudah meningkat kepada RM3.00 sekilo.
Saya mengharapkan supaya kerajaan kena menghapuskan tol dan hapuskan cukai jalan. Biarlah pendekatan yang hendak dibuat mesti menyeluruh bukan pendekatan serpihan.
Laporan Utusan Online 28 Mei 2008 menyatakan bahawa PLUS untung RM384 juta utuk suku tahun pertama (Januari-Mac 2008) sedangkan dalam tempoh yang sama tahun 2007 ia hanya untung RM265.870 juta. Setiap tahun syarikat konsesi lebuhraya buat duit, tapi perjalanan kadang-kadang terpaksa lambat juga terutama waktu perayaan dan ketika membayar tol.
Walaupun jalan sesak, PLUS tidak pernah menunaikan tanggung jawab sosial dengan memberikan diskaun kepada pengguna. Apa yang berlaku saban tahun tol akan naik dan tidak pernah turun macam umur manusia yang tidak pernah turun.
Rasional cukai jalan dihapuskan adalah supaya mereka yang menggunakan pengangkutan awam ke tempat kerja dengan meninggalkan kereta di rumah tidak perlu membayar cukai jalan. Sekarang walaupun menggunakan pengangkutan awam, mereka tetap dikenakan cukai jalan sama ada kereta mereka dipandu atau tidak. Kebanyakan keluarga yang berada di negara ini yang mempunyai pendapatan yang tetap memiliki sekurang-kurangnya sebuah kereta.
Pengusaha bas juga sudah menuntut tambang dinaikkan sehingga 100 peratus. Rakyat negara ini pastinya tertekan kerana memikirkan taraf hidup yang semakin meningkat dari semasa ke semasa.
Jika pemimpin pada hari ini tidak boleh memikirkan kebaikan untuk rakyat, sila turun dengan cara terhormat. Beri peluang kepada Pakatan Rakyat pula untuk memimpin negara.
Ya Allah! Selamatkan negara dari pemimpin yang rakus dan mengkhianat amanah rakyat. - tajdid
Nota: Ustaz Idris Ahmad ialah Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS Pusat_

CERITA MENGARUT

Ini satu lagi berita yang cukup serabut....

Umno Kubang Pasu terus bergolak, pengaruh Mahathir masih kuat


Peulis:RAHSIA
Fri | Jun 06, 08 | 1:34:21 pm MYT
KUBANG PASU, 6 Jun (Hrkh) - Pergolakan dalam Umno Bahagian Kubang Pasu bukan lagi menjadi rahsia umum kerana ia telahpun terdedah ekoran penyingkiran secara bersistematik Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam proses pemilihan perwakilan ke Persidangan Umno Malaysia pada tahun 2005 lalu.
Komen - dulu jangan harap le nak backing Y.Bhg Tun Mahathir...la bukan main lagi. Ada untung la
Selepas Tun Dr. Mahathir nekad keluar dari parti itu bulan lalu, segelintir ahli parti itu menyertai PAS Kawasan Kubang Pasu hingga membolehkan lima cawangan baru ditubuhkan.
Komen - Setahu saya, Tun tak mau ahli UMNO masuk PAS. Berita ini betui ka?
Umno Bahagian Kubang Pasu yang diterajui Dato' Johari Baharom dan dilihat sebagai pro Presiden Umno, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi terus menerima tamparan hebat berikutan ahli Umno di sekitar Kubang Pasu dan Jerlun menaikkan sepanduk yang menyatakan kesetiaan kepada Tun Dr. Mahathir.
Komen - Sapa yang naikkan sepanduk ni? Orang PAS kut...Ini la cara depa dok tarik orang. Berdosa tau. Saya pun takut dosa ni
Sepanduk yang tertera gambar Tun di samping kata-kata 'Kami Bersama Mu' itu dapat dilihat antaranya di Persimpangan Maybank Jitra, berhampiran Masjid Kepala Batas dan Pekan Jitra.
Komen - Kat situ saja la. Kat lain tak dak pun
Tindakan ini mungkin sebagai mesej kepada ahli-ahli dan pemimpin Umno Kubang Pasu yang pro Abdullah supaya jangan memandang ringan terhadap isu Tun Dr. Mahathir keluar Umno (Baru) yang diasaskan olehnya pada tahun 80-an.

"Kerana beliaulah Umno dan BN menjadi kuat dan dihormati oleh parti lawan," ucapnya penuh yakin.
Komen - Tengok la dia pimpin UMNO macam mana? Sapa pun tak berani cakap banyak. Sapa berani lawan.
Katanya lagi, tindakan pihak tertentu menaikkan sepanduk adalah wajar, sekali gus memberi peringatan kepada Umno Kubang Pasu bahawa masih ramai ahli Umno yang sayangkan Tun Mahathir.
Komen -Tak apa. Biasa la...pemimpin pergi dan datang mns _

JANJI MANIS

Ini petikan dari sebuah berita....PANDAI LA PEMBANGKANG (sekarang sudah jadi kerajaan)BERJANJI..TIPU ORANG MASA PILIHANRAYA DENGAN MANIFESTO. LEPAS TU BERDOLAK DALIK... BACA LA PETIKAN SURAT KHABAR DI BAWAH

Cuti bersalin tiga bulan, Kedah kaji untuk laksanakannya


Penulis :RAHSIA
Thu | May 22, 08 | 6:28:57 am MYT
ALOR STAR, 22 Mei (Hrkh) - Bagi merealisasikan manifesto pilihan raya, Kerajaan negeri Kedah yang diterajui PAS sedang menjalankan kajian bagi melaksanakan cuti bersalin tiga bulan untuk kakitangan awam wanita yang bersalin.
(Komen - awat tak kaji masa buat manifesto dulu, la baru nak kaji...tipu punya olang)
Keputusan untuk pelaksanaannya akan dibuat setelah kajian tersebut selesai demikian jawapan pihak kerajaan terhadap soalan bertulis Dato' Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang) pada sidang Dewan Undangan Negeri semalam.
Dalam soalannya, Syed Sobri bertanyakan tentang beberapa perkara yang dijanjikan oleh PAS dalam manifesto pilihan raya umum baru-baru ini.
Dalam soalannya itu, beliau turut menyebut sama ada manifesto tersebut adalah sekadar retorik politik, dakyah dan janji palsu bertujuan meraih undi semata-mata kerana menurutnya terdapat isu yang memperlihatkan kontradiksi antara janji manifesto dan kenyataan dasar semasa kerajaan negeri.
Selain soalan berkaitan cuti bersalin, beliau turut bertanya tentang pinjaman pembelian kenderaan tanpa faedah.
Dalam jawapan pihak kerajaan memberitahu, kakitangan kerajaan boleh memilih skim pinjaman untuk pembelian kenderaan mengikut Prinsip Al-Bai Bithaman Ajil' yang disediakan.
Begitu juga bagi soalan beliau yang mahu penjelasan bilakah tarikh dan kuatkuasa rasmi semua dasar-dasar yang dijanjikan dalam manifesto bertemakan "Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua", pihak kerajaan dalam jawapannya menjelaskan bahawa ianya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat tanpa tarikh rasmi pelaksanaannya. - mks._

ABLEWISE

AdBrite

Your Ad Here
MoreNiche Affiliate Program