Ahad, Jun 08, 2008

ISU HARGA MINYAK

Hari ini saya baca sebuah blog... petikannya di bawah:

Saya dan (seseorang) seharian di Manila, di antara lain untuk menziarah sahabat kami bekas Presiden Cory Aquino yang sedang dirawat akibat penyakit barah dan bekas Presiden Joseph Estrada, sahabat setia.
Kami solat Jumaat di kompleks kediaman keluarga Aquino dan sesudah itu menyampaikan ucapan di University De La Salle. InshaAllah awal esok pagi kami akan berlepas pulang ke KL.
Namun selama di sini fikiran melayang ke Malaysia, meneliti reaksi rakyat dan keperitan hidup mereka.(Ramai ka rakyat yang kebuluran? Sarjana dan pimpinan politik di sini juga bingung dengan keputusan Kerajaan Malaysia menaikkan harga minyak melonjak setinggi itu walaupun Malaysia adalah negara pengeksport minyak.
Beberapa persoalan dibangkitkan oleh pengunjung:
- Petronas: tidak wajar Petronas diserang.
Umumnya pengurusan dan tahap profesional mereka membanggakan. Isunya adalah pertanggungjawaban atau akauntabiliti - kerana tidak wajar khazanah negara di letak di bawah penguasaan PM semata! Maka dana melimpah hasil Petronas dibelanja sewenangnya atas telunjuk penguasa.
- Tindakan bantahan selanjutnya.
Saya prihatin dengan kegelisahan yang sdr/i luahkan, namun tindakan harus berencana, tidak gopoh dan diputus oleh segelintir pihak semata. Keputusan harus diambil secara muafakat. Saya akan kemukakan kepada pimpinan Pakatan Rakyat yang akan bersidang Isnin ini inshaAllah.

Komen - Pi jalan kat Manila.Baik sungguhla Kerajaan Malaysia... kalau tidak tahanla passport mereka. Banyak bahaya...

Blog ini telah mendapat respons yang saya letakkan di sini untuk dibaca. Betapa banyaknya perkara-perkara yang tidak masuk akal. Harga minyak telah diisukan...sedangkan bab ayer free di Selangor pun tidak selesai. Isu cuti bersalin 3 bulan pun sedang bincang. Isu DEB hapus...Islam Hadari pun tidak diterima. Semua yang orang lain buat tidak betul, yang depa saja betul....

Respons 1:
ASSALAMUALAIKUM DSAI….. RANCANGLAH SESUATU BAGI MEMBANTU GOLONGAN YANG TERSEPIT DAN TERHIMPIT NI…TAK DE ORANG LAIN YANG BERANI DAN LANTANG BERSUARA MEMBELA NASIB KAMI . GOLONGAN BERADA DAN ATASAN TAK TERJEJAS DAN TAK RASA APA-APA PUN DIATAS KENAIKAN HARGA MINYAK NI…..KAMI PERINGKAT PERTENGAHAN DAN BAWAHAN NI TERPAKSA MENCATU SEGALA PERBELANJAAN DARI AWAL BULAN SAMPAILAH CUKUP BULAN…..PUSING-PUSING CAM TU GAK….TOLONGLAH KAMI SEMUA DSAi!!!!!!!!!!!

Komen -Kalau susah pohon pertolongan daripada ALLAH Subhanawataala dan bukan daripada manusia
Sebenarnya, ada rahmat dari kenaikan harga minyak kerana selama ini pun rakyat Malaysia begitu mewah berbelanja. Eloklah sedar-sedar dan yang suka merayau-rayau makan angin tu duduk-duduk di rumah bersama anak dan isteri. Apa hendak disusahkan sampai merayu-rayu. Lagi pun kenaikan harga minyak ni di seluruh dunia... bukan Malaysia sahaja. Tapi, kalau ada orang boleh turunkan pun baik juga. Boleh ke? Tak percaya la...

Tiada ulasan:

ABLEWISE

AdBrite

Your Ad Here
MoreNiche Affiliate Program