Rabu, Jun 25, 2008

TINDAKAN LEWAT

Usul kurangkan beban kenaikan minyak, Presiden PAS kata ia sudah terlambat
Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (PAS Marang) menyifatkan usul yang dibentang oleh wakil kerajaan, Dato' Shahrir Samad di Dewan Rakyat hari ini berhubung langkah mengatasi beban kenaikan harga minyak adalah satu langkah terlambat.
Sambil menyatakan kekesalan terhadap usul yang lewat itu beliau menyatakan bahawa kerajaan sepatutnya membawa usul itu sebelum pengumuman harga minyak dibuat (4 Jun).
Komen: Lewat macam mana pulak? Dulu riuh-rendah pasai harga minyak – tuduh kerajaan BN tak prihatin kat rakyat. Bila dah ada jalan penyelesaian, kata lewat pulak... Putar alam betui la....

"Rakyat semuanya menderita, sementara media digunakan untuk cari rakyat yang jahil tentang ekonomi untuk menyokong tindakan kerajaan ini," kata Presiden PAS itu lagi.

Komen penulis: Mana ada rakyat menderita... Siapa yang jahil tentang ekonomi? Yang jahil tu yang terpengaruh dengan dakyah parti pembangkang. Yang dah tertutup mata hatinya... dah tak nampak yang mana baik, yang mana buruk. Nampak semua yang orang lain cakap atau buat itu buruk, yang molek yang dia cakap atau yang dia buat. Itu namanya tak rasional...

Tiada ulasan:

ABLEWISE

AdBrite

Your Ad Here
MoreNiche Affiliate Program