Sabtu, Jun 07, 2008

CERITA MENGARUT

Ini satu lagi berita yang cukup serabut....

Umno Kubang Pasu terus bergolak, pengaruh Mahathir masih kuat


Peulis:RAHSIA
Fri | Jun 06, 08 | 1:34:21 pm MYT
KUBANG PASU, 6 Jun (Hrkh) - Pergolakan dalam Umno Bahagian Kubang Pasu bukan lagi menjadi rahsia umum kerana ia telahpun terdedah ekoran penyingkiran secara bersistematik Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam proses pemilihan perwakilan ke Persidangan Umno Malaysia pada tahun 2005 lalu.
Komen - dulu jangan harap le nak backing Y.Bhg Tun Mahathir...la bukan main lagi. Ada untung la
Selepas Tun Dr. Mahathir nekad keluar dari parti itu bulan lalu, segelintir ahli parti itu menyertai PAS Kawasan Kubang Pasu hingga membolehkan lima cawangan baru ditubuhkan.
Komen - Setahu saya, Tun tak mau ahli UMNO masuk PAS. Berita ini betui ka?
Umno Bahagian Kubang Pasu yang diterajui Dato' Johari Baharom dan dilihat sebagai pro Presiden Umno, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi terus menerima tamparan hebat berikutan ahli Umno di sekitar Kubang Pasu dan Jerlun menaikkan sepanduk yang menyatakan kesetiaan kepada Tun Dr. Mahathir.
Komen - Sapa yang naikkan sepanduk ni? Orang PAS kut...Ini la cara depa dok tarik orang. Berdosa tau. Saya pun takut dosa ni
Sepanduk yang tertera gambar Tun di samping kata-kata 'Kami Bersama Mu' itu dapat dilihat antaranya di Persimpangan Maybank Jitra, berhampiran Masjid Kepala Batas dan Pekan Jitra.
Komen - Kat situ saja la. Kat lain tak dak pun
Tindakan ini mungkin sebagai mesej kepada ahli-ahli dan pemimpin Umno Kubang Pasu yang pro Abdullah supaya jangan memandang ringan terhadap isu Tun Dr. Mahathir keluar Umno (Baru) yang diasaskan olehnya pada tahun 80-an.

"Kerana beliaulah Umno dan BN menjadi kuat dan dihormati oleh parti lawan," ucapnya penuh yakin.
Komen - Tengok la dia pimpin UMNO macam mana? Sapa pun tak berani cakap banyak. Sapa berani lawan.
Katanya lagi, tindakan pihak tertentu menaikkan sepanduk adalah wajar, sekali gus memberi peringatan kepada Umno Kubang Pasu bahawa masih ramai ahli Umno yang sayangkan Tun Mahathir.
Komen -Tak apa. Biasa la...pemimpin pergi dan datang mns _

Tiada ulasan:

ABLEWISE

AdBrite

Your Ad Here
MoreNiche Affiliate Program