Isnin, Jun 16, 2008

BOHONG LAGI

Saya copy ini dari sebuah website. Bacalah sesiapa yang mencintai keamanan dan kedamaian......

[GAMBAR DIDALAM]]PULAU PINANG, 15 Jun (SK) – Kira-kira 15,000 orang telah memenuhi Stadium Bandaraya disini bagi menghadiri Program Bersama Rakyat yang dihadiri oleh Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim, Ketua Menteri Pulau Pinang pentadbiran Lim Guan Eng , Naib Presiden Pas Mohd Sabu dan Lim Kit Siang.
Anwar Ibrahim turut menyatakan sekali lagi akan menurunkan harga minyak sekiranya . Kerajaan Pakatan Rakyat mengambil alih negara dalam sedikit masa lagi.
“Langkah pertama yang akan diambil oleh Kerajaan yang akan di tubuhkan nanti ialah memikirkan bagaimana meringankan kesusahan rakyat dan dengan itu langkah utamanya ialah dengan menurunkan harga minyak” katanya.
Beliau turut memuji tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng yang memperkenalkan sistem penjimatan dan berhati-hati dalam perbelanjaan.
Berita lanjut akan terbit pada Suara Keadilan 137 yang akan terbit pada 17 Jun ini

Komen....
Bohong sungguh berita ni. Mana ada sampai 15,000 pun orang yang turun pi tengok depa dok mohong ni. Lagi pun, logik ka depa nak bagi turun minyak yang naik harga satu dunia ni. Pasai ayaq free pun depa pening. Nak ambil alih negara pun dok tunggu YB lompat parti. YB yang dipilih rakyat, sebelum lompat parti kena tanya rakyat yang pilih YB dulu. Kalau tidak, itu namanya PENIPUAN DAN ZALIM. Kalau nak juga kena buat pilihanraya kecil, baru YB tau .......


Keluhan......
Naik lemas la baca surat khabar PEMBANGKANG ni...Semua kerajaan BN buat tak betui belaka. Depa tu MALAIKAT kot. Semuanya pandai, semuanya baguih. Mengajak rakyat jadi perosak keselamatan awam... reformasi sana-sini, lawan polis... Depa tak tau ka yang nak jaga keselamatan negara ni polis. Kalau polis BOIKOT tak mau kerja ... cuba bayangkan apa jadi pada negara?... Awat la bingung sangat hampa-hampa ni? Orang negara luaq dok gelak kat kita la ni. Hampa tak tau ka? Kalau tak tau ni nak bagi tau. Kembali lah untuk berfikir sedalam-dalamnya. Ada pemimpin yang suka mengambil kesempatan... tapi ada pemimpin yang benar-benar ikhlas..Pilihlah yang benar-benar bersih, bukan yang mengaku dirinya bersih. Yang benar-benar tidak mengutamakan keluarga, tapi akhirnya bawa keluarga juga ke dalam Parlimen. Kalau nak bercakap pasai ikhlas, mulia, bersih....tengoklah "track record" nya yang dulu-dulu.

Tiada ulasan:

ABLEWISE

AdBrite

Your Ad Here
MoreNiche Affiliate Program