Rabu, Jun 25, 2008

CERITA ORANG ISA

Saya nak letak sikit petikan yang saya ambil dari Harakahdaily untuk tatapan mereka-mereka yang tak minat baca website ni...

Surat ini merupakan sebahagian coretan yang dimuatkan...., yang menukilkan sebahagian luahan hati para isteri yang dinafikan hak mereka angkara ISA.

......antara lainnya menceritaka pengalaman pahit dan kesengsaraan para isteri, yang suami mereka ditahan selama beberapa tahun di bawah ISA.

Malah, bekas tahanan yang kini sudah menjadi wakil rakyat, Saari Sungib turut menulis pengalaman beliau ketika ditahan dan juga selepas bergelar YB.(Komen- Kerajaan ok jugak la, duduk dalam tahanan pun boleh jadi YB)

....pengalaman isteri-isteri tahanan ISA seperti isteri Saari, Aliza Jaafar, Pengarah Kempen Bebaskan Tahanan Enam Tahun ISA, Norlaila Othman dan Siti Norma Ismail, jelas menggambarkan kesengsaraan dan keperitan yang dialami keluarga tahanan.

Bukan sahaja suami mereka ditahan, keluarga termasuk ibu bapa dan rakan-rakan turut diganggu ....., ke mana sahaja mereka pergi, dengan pelbagai cara.

Komen: ISA ni bukan kejam sebenarnya, tapi sekurang-kurangnya mengajar mereka yang "degil" dan tidak tahu menghormati undang-undang negara. Saya pun bisa bersembang dengan orang yang kena tahan ISA ni.. Dia kata tak kejam pun, sebaliknya banyak beri kesedaran pada dia. Cerita nak putar belit memanglah macam tu... Yang penting kenalah ikut peraturan dan hormati undang-undang negara. Kalau tidak ada undang-undang, macam mana nak hidup. Undang-undang @ Hukum Allah pun orang langgar berselerak .... apa lagi hukum dunia...Bersabar sajalah. Kedegilan menyebabkan tempoh tahanan dilanjutkan... kalau tidak tak kan kerajaan nak lanjutkan tempoh penahanan. Fikir-fikirlah sedalam-dalamnya ...

Tiada ulasan:

ABLEWISE

AdBrite

Your Ad Here
MoreNiche Affiliate Program