Isnin, Februari 23, 2009

PATUT KE???

PATUT KAH KENYATAAN SEBEGINI DIKELUARKAN UNTUK TATAPAN UMUM? TIDAK KAH IANYA ADA UNSUR-UNSUR HASUTAN DAN PENYEBARAN FITNAH? SEBAGAI SEORANG WARGANEGARA YANG BERTANGGUNGJAWAB, MESTIKAH TULISAN SEBEGINI DIBENARKAN UNTUK DIBACA ????



KUALA LUMPUR, 23 Feb (Hrkh) - Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) akan melakukan 'kunjungan hormat' ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM untuk menghadiahkan beliau seekor lembu sebagai signifikan kepada peranan SPRM yang semakin tunduk di kawal Umno-BN.
Dalam masa sama AMK mengecam keras tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak selektif mengumumkan bakal mendakwa Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim atas tuduhan penyalahgunaan kuasa beliau dalam isu penyelenggaraan kenderaan peribadi dan pengagihan lembu korban.
Ketuanya Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata pengumuman yang dibuat oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Ahmad Said Hamdan jelas menunjukkan penyalahgunaan kuasa beliau yang secara terang menunjukkan pelanggaran Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang memperuntukkan kuasa mendakwa hanya kepada Jabatan Peguam Negara.
"Tindakan beliau juga kelihatan selari dengan usaha jahat dan terancang oleh Umno-BN yang mahu mengganggu gugat kestabilan kerajaan Negeri Selangor khususnya dalam keadaan tampuk pemerintahan negara bakal diambil alih oleh Timbalan Perdana Mneteri Dato' Seri Najib Tun Razak.
Beliau mempersoalkan profesionalisme SPRM dalam mengendalikan siasatan kes-kes rasuah yang membabitkan penyelewengan kes pembelian Eurocopter; kes rasuah mantan MB Selangor Dato' Seri Khir Toyo, laporan penyelewengan wang kerajaan oleh Kementerian Belia dan Sukan seperti didedahkan oleh Laporan Audit Negara dan akuan bersumpah Ketua Bahagian keADILan Ipoh Barat, Fauzi Muda mengenai usaha Najib membeli Adun-adun di Perak.
"Kesemua laporan yang dikemukakan oleh AMK, kesemuanya 'dibakulsampahkan' oleh SPRM. Tindakan jijik ini pastinya tidak boleh menutup mata rakyat, dalam keadaan SPRM kini ibarat lembu dicucuk hidung oleh Umno-BN.
"Justeru, kita akan menggerakkan jentera AMK sepenuhnya untuk menerangkan kepada rakyat pencabulan kuasa dan hak yang dilakukan sewenangnya oleh Umno-BN melalui SPRM," katanya dalam satu kenyataannya kepada Harakahdaily.

Tiada ulasan:

ABLEWISE

AdBrite

Your Ad Here
MoreNiche Affiliate Program